Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki mengelar leher pemandu e-hailing selepas enggan membayar tambang berjumlah RM400.<br /><br />Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata remaja berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis perniagaan di Jinjang, Sentul kira-kira jam 4.55 petang pada Sabtu.